Wednesday, 1 May 2013

Rasulullah, Bapa Politik Islam.

Benci politik. Tidak suka politik. Berkecuali dalam politik. Orang2 ini tidak tahu apa erti politik. Dia juga tidak sedar bahawa Islam juga perlu berpolitik. Memilih pemimpin yang mementingkan rakyat juga adalah salah satu usaha dakwah dalam politik. Antara kita mahu percaya ataupun tidak, politik memang satu kepentingan.

   Politik itu seni. Ia memerlukan kualiti pemikiran dan kebijaksanaan kepimpinan untuk menggarapnya. Soal mahu menjadi AHLI POLITIK atau tidak itu adalah soalan kedua. Tetapi manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik. Benar sekali kata Micheal B.Coleman, ahli politik daripada ahli parti Demokrat Amerika Syarikat," You may not interested in politics, but politics are interested in you".




Muslim tidak mampu untuk tidak peduli kepada politik. Politik itu adalah seni mengatur kehidupan manusia, daripada politik dan ia adalah salah satu juzuk terpenting dalam agamanya iaitu ISLAM. Memencilkan diri daripada politik bermaksud meninggalkan cabang besar amar makruf nahi munkar. Tidak mungkin tanggungjawab ini terbiar, melainkan pasti ada dosa dan fitnah yang mengiringinya.

Apa hukumnya politik dengan Islam, adakah kedua-duanya boleh dipisahkan ?

Dalam surah Al-Maidah ayat 49, Allah berfirman yang bermaksud:
 
    "Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan berwaspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada engkau".

Berdasarkan ayat ini jelas bahawa Allah telah memerintahkan supaya orang2 Islam yang diberikan kuasa untuk memerintah wajiblah supaya melaksanakan hukum dengan hukum yang telah diturunkan Allah.

ISLAM AGAMA YANG SYUMUL

Tidak ada satu aspek dalam kehidupan yang dapat dipisahkan dari agama islam. Allah telah menjadikan agama Islam itu sebagai satu agama yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah politik. Imam Hasan Al-Banna menetapkan usul 20 yang mana perkara pertama dalam usul tersebut ialah Islam agama yang menyeluruh. Dalam usul yang pertama ini terdapat 18 perkara penting dan antaranya ialah Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Berdasarkan ini kita tahu bahawa politik juga adalah sebahagian dari agama. jadi tidak dapat tidak, politik negara mestilah selari dengan agama Islam berlandaskan Al-quran dan As-sunnah.

Dan pendapat mengatakan jika seseorang terlibat dalam politik maka imannya menjadi lemah bagi saya pendapat ini tidak boleh diguna pakai, ini terbukti kerana Rasulullah SAW juga berpolitik malah menjadi ketua seluruh ummat Islam namun baginda tetap teguh dengan agama Islam. Para sahabat juga berpolitik namun tidak sedikitpun keimanan mereka berkurang malah mereka menjadi lebih tawadhu' dan merendah diri. Begitu juga para tabiin, tabi' tabiin dan khalifah2 Islam yang terdahulu.

RASULULLAH : AHLI POLITIK BERKREDIBILITI.

Rasulullah SAW tidak memimpin secara politik demokrasi, secara diktator ataupun secara autokrasi. Dengan kefahaman yang tinggi tentang jiwa, akal, dan perasaan manusia, Rasulullah SAW telah berjaya memimpin secara fitrah. Maksudnya, Rasulullah SAW membawa manusia ke jalan yang diyakininya tanpa paksaan dan tekanan. Ia mampu memindahkan hasrat yang terpendam dilubuk hatinya menjadi hasrat orang lain. Ertinya politik Rasulullah ialah dari hati ke hati.

Allah SWT berfirman:

      "Tiada paksaan dalam agama, Sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kesesatan."

Atas dasar ini, Rasulullah SAW berjaya menawan jiwa manusia dan daripada situlah seluruh harta, tenaga dan nyawa pengikut2nya diserah bulat2 untuk Islam. Di antara fitrah semulajadi manusia ialah mahu pandangannya dihormati dan dihargai. Rasulullah sedar hakikat ini.

Oleh itu apabila Rasulullah berhadapan dengan ahli ekonomi seperti Abd Rahman bin Auf, yang minat serta kecenderungannya di dalam bidang perniagaan, beliau memupuk bakat itu supaya terus subur dan berkembang. Akhirnya Abdul Rahman bin Auf pun pengusaha yang berjaya.

Bila Rasulullah SAW berhadapan dengan pakar ahli ketenteraan seperti Khalid Al Walid, maka semangat perwiranya terus disuburkan ke arah jihad fi sabilillah, kebalikan daripada semangat assobiyah.

Bila baginda berhadapan dengan dengan ahli fikir, pakar strategi dan kepala perancang seperti Umar Ibnu Khatab, maka Rasulullah SAW terus mendorong ke arah bagaimana untuk membuat kepakaran itu buat kemenangan dan kejayaan Islam. Oleh itu setiap individu di kalangan para sahabat akan rasa dihargai kerana bakat semula jadinya berperanan dalam perjuangan Islam.

Seorang buruh, petani, peniaga, pentadbir dan semua lapisan masyarakat telah disusun oleh Rasulullah SAW dalam satu barisan yang mempunyai kegunaan dan peranan masing2. Atas dasar ini, jika ada gerakan Islam yang menumpukan perhatian mereka kepada golongan 'elit' dan 'intelek' sahaja,perjuangan mereka sebenarnya telah menyimpang daripada sirah Rasulullah SAW !

Oleh sebab itu, kita mestilah belajar daripada sirah. Rasulullah adalah 'Bapa Politik Islam'. Baginda dapat mencari ruang di celah2 asakan jahiliyah untuk menegakkan Islam. Rencananya menembusi dinding Darul Nadwah, iaitu 'Parlimen' orang arab jahiliyyah dan berjaya menukar orang yang pernah duduk di kerusi Darul Nadwah menjadi 'orang penting' dalam pemerintahan Islam.

Sebab itu bukanlah mustahil jika ada pejuang Islam yang mampu mengubah tokoh2 politik yang sedang berkuasa sekarang kepada cara dan pemerintahan Islam. Sekali lagi saya katakan,
INI TIDAK MUSTAHIL ! INI KALILAH !!


No comments:

Post a Comment