Thursday, 2 May 2013

Berkahwin Dengan Orang Bukan Jemaah ?

Bismillah.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar.
Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya detik ini untuk berkongsi satu kisah yang saya baca dari satu blog favourite saya. Dan ia SANGAT TERKESAN jauh ke dalam lubuk hati saya yang paling dalam. Moga bermanfaat juga ! ^^
Bismillahirrahmanirrahim...



"Fatimah membentak. “Saya tidak mahu berkahwin dengan dia. Dia bukan jemaah kita. Nanti kerja dakwah saya dihalang. Dia baik. Memang baik. Itu saya akui. Tapi dakwah ini lebih penting.”

Ustazah Sakinah diam seribu bahasa. Payah hendak menyelesaikan ribut yang melanda jiwa Fatimah waktu ini.

“Tapi Mah. Ustazah kenal dia. Dia baik. Kenapa tidak dia Mah? Kenapa tidak? Bertaqwalah kepada Allah.” Ustazah Sakinah bersuara.

“Ustazah. Beban dakwah atas pundak saya yang Allah berikan ini lebih utama saya dahulukan. Saya takut bila bernikah. Saya dihalang oleh dia. Saya tidak mahu. Dia tidak akan faham ustazah. Dakwah di atas bahu saya ini amanah dari Allah!”

Ustazah bingkas memotong, “Fatimah. Ustazah akan cuba bincang dengan yang lain. Mungkin boleh diaturkan ta’aruf dengan para ikhwah dari jemaah kita yang masih bujang.”

Ustazah Sakinah cuma mampu diam. Semangat membuak-buak Fatimah dalam menebar dakwah tidak mampu dihentikan. Tapi untuk menolak seorang lelaki yang baik, hanya beralasankan takut dakwah dihalang. Ini satu keracunan.

“Fikrah yang baik sepatutnya selari dengan suruhan Nabi. Walhal Nabi menyuruh menerima lamaran dari lelaki yang baik. Tapi Fatimah? Ah… Fatimah jelas sekali melanggar fitrah agama.” Bicara Ustazah Sakinah sendiri.

Dia kebingungan. Apa patut dilakukannya?
Fatimah terlalu degil. Tersangat degil.

“Berilah hidayah kepadanya ya Allah. Berikanlah.”

Ustazah Sakinah terus termenung dan terkedu. Nampak pada kelopak matanya perasaan kesal. Jerih. Bila orang dalam dakwah semakin hanyut dan meminggirkan syariat, hanya kerana berperisaikan dakwah.





APA KATA KITA?

Monolog 1:
Beban dakwah yang dipikul apakah sehebat beban dakwah Nabi kita SAW?
Apa berat benar beban itu sehingga lebih hebat dari beban kepunyaan Nabi?

Nabi juga bernikah.
Imam Muslim yang meriwayatkan begitu. “Demi Allah! Aku lebih takut kepada Allah dan lebih bertaqwa daripada kamu. Namun aku berpuasa dan berbuka. Aku menghidupkan malam dan tidur. Aku juga berkahwin dengan wanita. Sesiapa yang membenci sunnah, maka dia bukan daripada umatku.”

Apa Nabi SAW tidak berdakwah?
Binasalah orang yang berdusta. Binasalah.



Monolog 2:
Kenapa beralasan bahawa dakwah itu amanah yang mesti didahulukan, dan meminggirkan pernikahan?

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah; “Apakah kamu beriman kepada sebahagian daripada al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain?”

Jika mampu beriman dengan wahyu Allah dalam hal bersangkutan dakwah. kenapa ingkar dalam hal perkahwinan? Celakalah orang yang ingkar.



Monolog 3:

Para isteri Nabi SAW juga berdakwah. Siapa ingin menidakkan bahawa mereka penebar dakwah? Mereka berdakwah dan berkahwin. Tiada halangan dalam dakwah selepas bernikah. Cuma pada kadar yang ditetapkan.


Kenapa mesti menolak jodoh yang baik disebabkan takut dihalang usaha dakwah? Dakwah mesti diiringi dengan ketaatan. Taatlah kepada Allah.

Taatlah. Taatlah. Taatlah.


_________________________________________________________________________________

# Apa pandangan anda semua ? bagi saya baik itu tidak cukup. Kefahaman Islam itu yang penting. Agar jalan dakwah yang kita pilih ini tidak terbantut dan impian baitul muslim dapat dibina. Bahkan mampu melahirkan Muhammad Al-Fateh era 20-an. Tetapi andai kata ada kepentingan yang lebih aula',( kecuali kepentingan paras rupa dan materialistik) pilihlah yang berfikrah islami. 

Apa yang mahu ditekankan, kadang2 jika sampai jodoh yang baik, cukup sifatnya yang mampu mengetuai bahtera rumahtangga ke syurga Allah, usahlah berlaku kejam dengan menolak membuta tuli walaupun dia itu calon jemaah lain. Pentingnya di sini istikharah dan istisyarah serta penyerahan jodoh kepada Allah. Moga Allah memberikan yang terbaik untuk kita.

*Saya memang tidak berpengalaman, hanya mencetus pendapat untuk persediaan. Jika baik ambillah. Jika salah, bicaralah secara beriman. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment