CINTA.
Saya teringat pesanan seorang sahabat saya ketika mana saya keliru dalam memahami hakikat cinta ini. Katanya,
"Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, Cukup cintai dia dalam DIAM. Kerana diammu adalah salah satu bukti cinta kepadanya. Kau ingin memuliakan dia dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang. Kau juga tidak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya."
Lepas dia cakap macam tu, persoalan terus bermain di minda.
'Bercinta dalam diam?'
Bila difikir-fikirkan semula, Ya. Betul katanya. Saya perlu perbanyakkan muhasabah dengan diri sendiri. Sungguh ! Saya sudah penat dengan 'rasa' ini. Saya nekad untuk berhenti sahaja sini. Saya mahu cinta hanya selepas nikah. Saya mahu perasaan cinta yang dibina dihormati, dibelai dan paling penting, diberkati oleh Pencipta Cinta.
Untuk 'kamu',
Saya mintak maaf sebab menjauhkan diri dari kamu. Saya memang sengaja lakukan hal itu. Saya belum bersedia untuk berjumpa apatah lagi untuk ada komitmen dengan kamu. Saya hanya inginkan yang halal. Saya tak sanggup lagi mengingati kamu dalam tangisan. Saya mahu bahagia yang sebenar, keberkatan Allah dan pahala yang berterusan apabila mengingati kekasih, suami saya nanti.
Betul. Kalau saya ingat suami, saya akan dapat pahala. Tapi kalau saya ingat kamu, apa yang saya dapat?
Hati saya sudahlah kotor menjadi semakin kotor. Saya akui saya telah leka daripada Allah. Jauh. Terasa jauh benar saya denganNya. Inilah jalan paling terbaik. Lepaskan cinta ini pergi dahulu buat sementara waktu. Biarkan saya dengan cinta Allah. Kalau ada jodoh, InsyaAllah DIA akan pertemukan kita semula suatu hari nanti.
Saya perlu utamakan apa yang lebih utama. Perjuangan ilmu, tarbiyah diri dan juga ummah. Ya.Banyak lagi perkara yang perlu kita sumbangkan terutamanya untuk ummah. Selagi umur muda masih ada. Kelak bila Allah tarik nikmat ini, tiada lagi penyesalan.
"Dan kepunyaanNya lah apa-apa yang ada di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya".
(Surah Al-Rum: 26)
Selamat tinggal kenangan lama. Saya teringat sahabat baik saya, Aisyatun Najwa a.k.a Wa pernah bagitau saya dan sampai sekarang saya masih ingat. Katanya,
"Kita mungkin boleh melupakan seseorang, tapi kita tak mungkin melupakan kenangan yang pernah tercipta."
Betul. Amat susah sekali melupakan semua kenangan itu. Tapi saya nekad. Saya ingin menjadi hamba Allah, bukan hamba cinta. Allahu Allah..bantulah hambaMu ini..:'(
Catatan tulus ikhlas dari hati. Moga Allah redha.
Sekian.
No comments:
Post a Comment