Bismillah.
Alhamdulillah kerana Dia masih mengasihani aku, memberi aku peluang untuk hidup walaupun betapa banyaknya dosa yang aku buat. Allahu..betapa malunya aku denganMu..Engkau tidak putus2 memberikan aku pelbagai nikmat sedangkan aku ..?? Sungguh betapa sedikitnya aku memanjatkan kesyukuran atas segala kurniaan yang telah Engkau berikan. Ampunilah aku ya Allah kerana kufur nikmatMu..:'(
Hari ini, 17 Mei 2013 bersamaan hari jumaat, hari yang akan aku ingat sampai bila2..Hari ni hati aku terlalu sayu. Mudah untuk aku mengalirkan airmata,sama ada di hadapanMu ataupun tidak. Ya. Aku tau sebabnya..kerana pertama kali aku buat kesilapan besar terhadap umiku. Tidak sepatutnya aku melakukan hal itu. Allahu Allah..ampunilah aku..aku berbohong dengan umi. Dan pada hari ini baru aku ada kekuatan untuk bagitau perkara yang sebenar..Sungguh, bukanlah niat ak nak rahsiakan hal ini dan memang niat di hati aku memang ingin bagitau awal2 lagi tapi aku x kuat ya Allah..aku perlukan masa untuk itu semua..sebab itu dalam beberapa hari sebelum ini aku tidak putus2 berdoa moga Allah berikan aku kekuatan untuk ceritakan hal yang sebenarnya..siang malam aku buat solat hajat mohon dipermudahkan, diberi petunjuk dan supaya Allah lembutkan hati umi untuk maafkan aku bila hal yang sebenar diketahui. Dan selama itulah hati aku tidak tenang..rasa teramatt bersalah dengan umi..
Kita selalu dengar pepatah ini, "Berkatalah benar walaupun pahit". Ya. Itulah yang aku rasa ketika itu..Allahu..Sungguh ! Betapa susahnya untuk berkata benar..Pada waktu tu, pelbagai kemungkinan yang bermain di fikiranku..dan dalam masa yang sama 'jiwa' aku memberikan keyakinan kepada 'jasadku',
"Madihah, you can do it ! Takpe,jangan bimbang..Allah ADA..kau kena yakin yang Dia akan tolong kau..kau dah berdoa, sekarang kau kena usahakan diri kau sendiri untuk berani berkata benar..jangan difikirkan lagi apa yang akan berlaku pada masa akan datang..lepas kau usaha, tawakkal lah dan berserah kepada Allah..Berkatalah benar walaupun pahit madihah..mungkin pada awalnya umi susah nak terima, tapi hati seorang ibu ni, dia akan lembut jugak..Kau dah buat salah, kau WAJIB minta maaf..Kau nak ke hari2 yang akan kau harungi selepas ni tiada berkat ? Kau kena ingat, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kau..kalau kau nak redha Allah, kau kena dapatkan dulu redha ibu bapa, baru hidup kau akan tenang..
Dan alhamdulillah, alhamdulillah walhamdulillah..akhirnya hari ni Allah beri aku peluang untuk ungkapkan kebenaran. Kebetulan pula hari ni adalah hari jumaat, InsyaAllah aku yakin dengan keberkatan yang ada pada hari ni..dengan lafaz bismillah, aku panggil umi untuk datang bilik aku..bila umi duduk je tepi aku, aku pegang tangan umi lantas ku cium, dan ku pohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..mase tu aku dah x fikir ape dah..aku pun ceritakan hal yang sebenar sambil menangis teresak-esak..aku mintak maaf dengan umi berulang-ulang kali, betapa aku rasa sangat bersalah masa tu..bila umi tau hal yang sebenar, umi pn menangis same denganku..umi nangis sebab kecewa, kesal dan terkilan dengan tindakanku yang x bagitau awal hal yang sebenar..Sungguh, aku sedihh sangat2 sebab ini dah yang ke berapa kali aku menyusahkan umi..Sejak dulu sampailah sekarang, aku rase akulah anak paling banyak menyusahkan umi...sebab tu aku sangat sedih dan terkilan sebab kali ni pun, ak buat umi kecewa dengan tindakanku..Walaupun umi dah maafkan aku, tapi hati aku tetap rasa bersalah sampai sekarang..air mata aku masih mengalir..Allahu Allah..betapa bersalahnya aku dengan umi dan juga denganMu..aku rasa inilah ujian yang paling berat yang pernah aku hadapi..sungguh hamba tidak punya apa2..siapalah aku tanpa pertolongan dariMu..kuatkan aku ya Allah..
Tapi walau macam mana pun, hati aku tetap sedikit lega kerana telah meluahkan semuanya..yang aku perlu buat sekarang, terus berdoa mohon dilembutkn hati umi..Aku yakin, apa yang berlaku ni pasti ada hikmahnya..
Dan aku belajar banyak perkara daripada peristiwa ni. Antaranya, berkatalah benar walaupun terase sangat 'pahitnya' itu..aku juga belajar untuk tanamkan sifat jujur dan berterus-terang kalau ada apa2 masalah yang berlaku..Dan pengajaran yang terpenting yang aku dapat, hangailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada..jangan malu untuk memeluk and ucapkan betapa kita sayangkan mereka..sebab kalau ikutkan sebelum2 ni, aku memang sedikit ego..susah untuk ucap,'d*** sayang umi..tapi lepas peristiwa ni, aku akan cuba untuk belajar buat semua itu..sebab ibu bapa kitalah harta yang tidak ternilai sementara kita dan mereka masih sama2 hidup di atas muka bumi Allah ni..Alhamdulillah..Terima kasih ya Allah atas semua ni.
Catatan tulus dari hati. Sekian.
No comments:
Post a Comment