Wednesday, 8 May 2013

PRU-13 , Satu konspirasi ?

Bismillah.
Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah..Allah masih memberikan kesempatan pada kali ini untuk saya memenuhkan kembali ruang penulisan dalam blog saya ini. Dan saya merasakan sudah beberapa hari jugaklah saya 'ignore' blog ni. Memang saya sengaja buat macam tu atas sebab nak fokuskan kepada maklumat2 PRU13 di facebook saya sendiri. Dan Ya. PRU 13 telah pun melabuhkan tirainya pada 6 Mei 2013 tepat jam 1 pagi dengan kemenangan berpihak kepada parti Barisan Nasional.

Sungguh ! Betapa sakit dan pedihnya hati ni hanya Allah sahaja yang tahu. 'Mereka' menang dengan tipu helah yang sengaja dicipta asalkan mereka kekal untuk memerintah negara ini. Apakah ini yang dinamakan DEMOKRASI ? Gara-gara kesilapan dia , satu dunia perhatikan kita, Mungkin dulu Malaysia kurang didengar tapi setelah 5 Mei , satu dunia memerhatikan kita. Kerana apa ?
Kerana demokrasi telah MATI !! Ini kah yang dinamakan adil ? Allahu Allah..sampai sekarang saya masih belum dapat menerima hakikat bahawa mereka telah 'menang'. Tapi saya teringat pesanan Tuan Guru Haji Hadi di Rusila pada malam 5 Mei itu yang sedikit sebanyak menyembuhkan luka di hati ni. Katanya,

"Kalau kita kalah , kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang.Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t."
'Kita tidak kalah..cuma belum menang ..'

Sungguh ! pada malam 5 Mei itu , saya rela menahan mata saya daripada terlelap sehingga jam 3 pagi semata-mata nak tahu perkembangan keputusan terkini sama ada 'tidak rasmi' atau 'sudah rasmi' di seluruh kawasan di Malaysia. Mula2 saya bukak jugak tv untuk tahu dengan lebih lanjut tapi rasa2nya itu semakin menambahkan dosa saya kerana rasa sakitnya hati ini dengan ketidak adilan media prima itu sendiri. Last2 , bukab fb je..Lebih telus dan paling penting , ADIL !

Tapi disebabkan SPR hanya umumkan keputusan secara 'official'nya di tv , nak x nak , terpaksa jugak bukak kedua-dua saluran , tv dan fb. Maka bermula lah sesi 'announce' oleh SPR dari semasa ke semasa tentang keputusan rasmi di setiap Dun dan Parlimen. Pada mulanya , saya yakin yang Pakatan Rakyat boleh menang kerana berdasarkan kiraan pertama pada kebanyakan kawasan, memang majoritinya berpihak kepada PR. Tapi lama-kelamaan , saya mula rasa tidak sedap hati bila melihat penambahan kerusi di Parlimen oleh Barisan Nasional secara mendadak. Macam mana ini boleh berlaku ? Sedangkan pada kiraan awal lagi kebanyakan kerusi di setiap Dun dan juga Parlimen terutamanya di semenanjung menyebelahi PR. Takkanlah petugas salah kira kot ! Ini tidak logik dek akal deh. Dan akhirnya segala teka-teki terjawab apabila SPR secara rasminya mengumumkan parti barisan Nasional memperoleh 133 kerusi di Parlimen manakala PKR,DAP dan juga Pas memperoleh 89 kerusi Parlimen , menambah 7 lagi kerusi berbanding 5 tahun lalu. Dan dengan ini secara automatiknya Barisan Nasional KEKAL memerintah di negara Malaysia.

Sungguh , bila SPR umumkan tentang keputusan secara keseluruhan itu, air mata saya terus mengalir. Perasaan saya masa tu bercampur-baur. Antara sedih,geram,benci,sakit hati dan macam2 lagi perasaan  yang tak mampu untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Saya sangat kecewa ! Ditambah pula dengan berita tipu helah yang direka oleh 'puak2' itu membuatkan hati saya semakin sakit. Ya. Sangat sakit !
Terus pelbagai persoalan terlintas di benak fikiran saya ketika itu dan antaranya ,'Macam mana aku nak teruskan hidup 5 tahun lagi di bawah pemerintahan yang ZALIM itu ?' Allahu Allah..kuatkan aku , kuatkan kami ya Allah..

Dan apabila kecoh dalam fb mengatakan penipuan dibuat semasa proses pengiraan undi pada malam itu, dengan segala macam tipu helah, blackout , peti undi hilang , peti undi baru sampai, saya boleh simpulkan secara ringkasnya, Malaysia semakin kekurangan tenaga elektrik ye, malam tu saja dah beberapa pusat pengiraan undi blackout. Malam itu juga 'bantuan' demi 'bantuan' tiba di pusat pengiraan undi dengan membawa 'Beg' kertas undi bagi 'menampung' tenaga elektrik.
Penipuan demi penipuan dibuat, Siaran langsung TV pulak pada ketika itu tak habis-habis lengahkan masa untuk umumkan keputusan.
Huh ! saya sudah bosan dengan semua ini. Cara yang lapok !



Saya teringat statement yang di post di fb oleh page 'Pakatan Rakyat Supporters',

'Kami bukan tidak boleh terima BN menang . Tapi cuba tuan/puan nilai sendiri faktor dibawah :-

a) Begitu banyak kes pengundi hantu yang berjaya dibongkar.
b) Dakwat kekal yang dijanjikan langsung TIDAK KEKAL! Padahal berjuta2 habis untuk beli.
c) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat dalam sejarah Malaysia!
d) Setelah DSAI umum PR menang banyak negeri, serta merta banyak pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi BN naik mendadak.
e) Berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen Putrajaya.
f) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah tempoh 3 jam tidak cukup untuk proses kira undi di buat.
g) Negeri Perlis, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan semua BN menang majoriti mudah. Untuk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan negeri2 tersebutlah yang tiba2 mengalami blackout!!
i) Ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali
j) Kertas undi yang dibawa dari luar oleh petugas SPR!! berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yang besar!

#Jadi tuan/puan nilailah sendiri apa yang terjadi pada PRU kali ni. Kalau faktor2 diatas tidak berlaku, kita sama sekali tidak akan bantah keputusan PRU kali ini. 


Ya ! Saya sangat setuju dengan pandangan yang dilontarkan. Kalau bukan faktor2 di atas ni tidak berlaku,saya pun x akan bantah keputusan PRU kali ini. Tapi bila difikir-fikirkan, saya nak tanya, KALAH KE KITA ??
Cuba tengok fakta di bawah ini,

Parlimen
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi

DUN
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)
Total 505 kerusi

UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta (PR lebih popular)

Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%) - Tertinggi dalam sejarah PRU


Apakah konklusi dari trending yang sangat menarik PRU12-PRU13 ini untuk PRU14 akan datang ?
Tepuk dada , tanya iman ! ^^






:D ! +.+

No comments:

Post a Comment