Assalamualaikum dan alhamdulillah , syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepadaku untuk bernafas dan meningkatkan amal kebaikan sebagai bekalan di akhirat kelak. Dan firman allah yang bermaksud ,
"..Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu , niscaya Dia akan memberikan yang lebih baik dari apa yang telah di ambil darimu dan Dia akan mengampuni kamu.."
[ Surah Al-Anfal ayat 70 ]
Alhamdulillah , pejam celik , pejam celik , hari ini genaplah hari terakhir untuk bulan 4 iaitu 30/4/2013..hanya berbaki 2 minggu lagi waktu cuti sebelum meneruskan perjuangan ilmu , tarbiyah diri dan juga ummah..mohon permudahkan urusanku ya Allah..amiin2..sungguh, terasa sekejap sangat masa berlalu..Tapi hati masih bermonolog sendiri , betapa sedikitnya amal kebaikan yang aku buat untuk mendapat tempat di dalam syurgaMu..Allahu~
Hurm..Walaupun pada zahirnya dikatakan 'musin cuti', tapi bagi aku ,istilah cuti hanya akan wujud bila mana ruh kita terpisah denga jasad iaitu istilah tepatnya adalah kematian. Sahabat , hidup kita di dunia bukanlah untuk bersenang-lenang..Sungguh, duduk kat rumah dengan duduk kat Nilampuri tu memang terase sangat perbezaannya..ku akui , lebih banyak masa terluang bila berada di rumah saat ini..Allahu..betapa susahnya untuk terus istiqamah dalam melakukan ibadah kepadaMu bila berseorangan seperti ini..Sungguh aku sangat perlukan seseorang untuk menaikkan semangat aku semula..Bila bercerita bab2 ini , aku pasti teringatkan Umi Intan..
Umi.., madihah rindu umi..:'( huhuhu... madihah xtau kenapa madihah x kuat macam umi..madihah nak jumpa umi untuk naikkan semangat madihah blek..Umi , madihah nak bagitau umi sesuatu yang memang dah lama madihah pendam..umi ingat x ada hari tu masa kat musolla sementara tunggu untuk solat isyak , kita ada borak-borak...then , madihah ada bagitau umi , ada seseorang yang merubah madihah hanya melalui qudwah hasanah dia tanpa ada kata-kata nasihat dan seumpamanya..tapi madihah x bagitau siapa masa tu kan..umi , orang itu adalah umi sendiri..huhu..Allahu..umi berjaya tunjukkan qudwah hasanah yang ada pada umi tanpa perlu berkata-kata..Allah gerakkan hati madihah untuk kenal cinta Dia melalui umi..pertama kali madihah menjejakkan kaki ke musolla tu, orang yang pertama sekali madihah nampak adalah umi..masa tu umi tengah solat sunat..xtau kenapa tapi terdetik dalam hati madihah pada masa tu, "ada 'sesuatu' yang ada pada akak tu yang aku perlu kaji.."
Dan start hari tulah madihah mula rapat dengan umi..hari demi hari baru madihah perasan yang kita memang punya persamaan..tapi madihah ingatkan madihah je yang perasan semua ni , tapi rupa2nya orang lain pun cakap macam tu jugak..orang first yang bagitau kita ada persamaan adalah kak wanie..tapi madihah xnak terlalu excited sangat so madihah buat macam biasa..ya umi , madihah bersyukur sebab dapat kenal umi..memang ada akak2 lain yang lebih baik dan alim , tapi madihah lebih respect umi..sebab walaupun dari luaran , umi nampak nakal2 dan mungkin orang nampak umi x berapa nak thiqoh , tapi hubungan umi dengan Allah tulah yang menyebabkan madihah rasa tersentuh..hanya orang yang selalu turun musolla je yang akan tahu umi macam mana..bagi madihah, biarlah orang nak judge kita macam mana pun daripada luaran, tapi dalaman kita biarlah Allah saje yang tahu..Sungguh , ibadah yang umi buatlah yang menggerakkan hati madihah untuk cari cinta Allah jugak..tapi bukanlah madihah bermaksud madihah buat semata-mata kerana umi..madihah akan sentiasa ingatkan diri untuk ikhlaskan niat kerana Allah..umi hanya wasilah..
dan kadang-kadang madihah menangis bila tengok umi dari jauh..sebab Allah wasilahkan umi sebagai sumber kekuatan madihah..sebab tu , madihah pernah terfikir, macam mana keadaan aku nanti bila umi dah xde di nilampuri ? Allahu..
Pernah sekali madihah rasa down sangat2 , semua malas nak buat, malas nak buat kerja, malas nak jumpa orang sampaikan malas nak turun musolla solat berjemaah..tapi tiba2 madihah teringatkan umi. terdetik dalam hati madihah masa tu,'aku kena turun ke musolla jugak, mungkin Allah akan beri aku kekuatan melalui umi..'
Dan alhamdulillah umi ada masa tu tengah solat sunat, entah xtau kenapa setiap kali madihah tengok umi solat , ia terus terkesan jauh dalam lubuk hati ini dan beri kekuatan kepada diri..mungkin keikhlasan umi yang menyebabkan ia terpancar melalui luaran..wallahualam, Dia lebih berhak menilai amalan hamba2Nya..
hurm, dan bila madihah jumpa umi untuk kali terakhir kat bilik umi hari tu, Sungguh masa tu madihah terase sebak sangat..sebab madihah tahu madihah akan rindu umi..huhu..tapi madihah xnak tunjuk dan madihah buat biasa seperti xde apa2..lepas cakap2 dengan umi , then keluar je dari bilik umi, masa tu madihah dah xdapat tahan air mata ni..teresak-esak madihah nangis tapi xde sape pun yang tahu masa tu..nasib baik orang x nampak..kalau x malu ! huhu..
Dan sekarang , madihah cuba untuk kumpulkan kekuatan supaya bila naik cuti nanti, madihah dah biasa walaupun umi dah xde kat np nanti..madihah akan cuba untuk terus istiqomah untuk semua tu..memang kena mujahadah lebih sket but i will try my best..
And last sekali, untuk Umi Intan Nadzirah Amran, terus istiqamah dalam menjaga hubungan dengan Allah..dan semoga terus kuat dalam menghadapi mehnah yang lebih besar bila berada di umKL nanti..i will miss u so much..:'(
Luv U ! doakan madihah kuat kat sini..Fi hifzillah, InsyaAllah..:)
From your sweetheart,
Madihah Izyana Mahadi.
wuaaa..trharu :(
ReplyDeletehuhu..:)
ReplyDelete