Tuesday, 30 April 2013

Aku CintakanMu Walaupun Cintaku Sering Terganggu..








Sahaja aku mencintaimu. Sekian lama aku tidak menulis warkah cinta kepadaMu. Biarpun sebanyak mana warkah cinta yang ku tulis untukMu, tidak akan sesekali habis kalimahMu.
"Ya Allah aku cintakanMu walaupun cintaku sering terganggu!”

Allah...

Seperti insan lain, aku juga manusia yang sentiasa diuji. Bila badai melanda, Kau kukuhkanlah kemudi. Andaikata terpaksa melabuh sauh kehidupan seketika. Tenangkanlah aku. Bantu aku  untuk muhasabah tanpa berkata-kata, tanpa tindak dan gerak. Cuma fikir dan berdoa.

Aku dahagakan cintaMu ya Allah. Aku ingin Kau tahu sejahat mana pun aku, selalai mana pun aku, aku tetap cintakanMu ya Allah. Aku akui. Engkau bukan permata. Bukan juga mutiara. Tetapi Engkaulah yang Maha Pemilik segala. Engkaulah yang memegang hati ini.

Allah tolonglah jagalah hati ini. Tolong aku menjaga mazmumah yang menerjah dan melintas. Jangan biarkan dia singgah. Jikapun singgah ya Allah jangan biar ia berlama-lama. Bukan mudah “mengaplikasikan” hati dan diri pada prinsip cinta yang satu.

Aku dambakan hati yang menangis di kala malam berlabuh. Hati yang meronta kerana terlalu merinduiMu. Hati yang tidak sanggup berjauhan denganMu walau sedetik. Hati yang terasa keseorangan walaupun keramaian.. Hati yang mengerti maksud Mahabbah kepadaMu. Hati ini mahu setiap denyut nadinya hanyalah untukMu.

Setiap titis darah yang mengalir dalam pembuluhku setia menyebut namaMu. Berusaha untuk tidak mengingkari nikmat agung kurniaanMu.


Ya Allah.......

Aku mengharapkan cinta semulia Nabi Muhammad. Kasih yang tidak berbelah bahagi Al Khalil Ibrahim. Sifat pengasihani Siti Khadijah. Rindu sesetia Rabiatul Adawiyah. Sabar secekal Fatimah. Yakin sesuci Asiah. Iman seteguh Sumayyah. Jiwa sekental Bilal bin Rabah.

Aku benar-benar ingin merasa nikmat cinta kepadaMu. Aku cintakanMu ya Allah.

Janganlah Engkau padam api kecintaanku terhadapMu ya Allah. Malah ku pohon agar Engkau semarakkannya dengan kasihMu dan nurMu. Aku memerlukanMu pada setiap detik hidupku. Aku sentiasa berkehendak kepada cintaMu, rahmatMu dan petunjukMu.

Biar hati ini menolak cinta insani. Biar badan lesu ditohmah kesibukan dakwah. Usah kau menangis wahai mata hati. Menangislah andai cintamu ditolak Allah. Kerna itu lebih celaka daripada menangis kerana manusia dan dunia. 


Mengapa Perlu Berjemaah ??

Bismillah..alhamdulillah, Allah masih memberikan kesempatan untuk menulis entri yang berikutnya..entah x tau aura apa hari ini sehinggakan rasa nak update blog je..hehe..:D
Almaklumlah , saya dah deactivate fb atas alasan yang tertentu..biarlah ia menjadi rahsia saya..huhu~
Baiklah, untuk entri kali ni saya dah x nak 'touching2' ni..hehe..sepertinya saya ingin kongsikan tentang satu perkara yang saya kira sangat penting..*mungkin ia hanya dianggap penting untuk 'orang2' seperti saya je kot..:P
Iaitu soal JEMAAH. haa..saya siap buat 'caps lock' lagi tu..nak bagitaunye betapa pentingnya kita hidup berjemaah..saya rasa kebanyakan daripada kita tahu kot jemaah apa yang ada di Malaysia ni..*Jemaah musolla x dikira ye..hehe..dan sesiapa yang x tahu lagi jemaah apa yang ada di Malaysia ni, kaji sendiri !:D
tapi untuk penulisan saya kali ini, saya x akan lebihkan atau sebutkan mana2 jemaah yang saya kira betul ataupun salah. Saya hanya ingin memberi pandangan secara umum mengapa perlu berjemaah berdasarkan sebuah blog yang agak popular saya kira. InsyaAllah moga bermanfaat.:)






Ramai orang tertanya-tanya mengapa perlu terlibat kepada persatuan? Berintima’ kepada jemaah? Atau menjadi organisasi dakwah?

Baiklah, saya akan buat sedikit gambaran supaya semua jelas ye..Situasinya sama ketika membeli insurans. Secara praktikalnya, insurans ini menaja lapisan-lapisan perlindungan yang hanya didapati apabila seseorang itu berada dalam organisasi dakwah. 

Inilah kelebihannya. 

Lapisan perlindungan ini mempunyai 2 benteng utama. Benteng pertama berada paling luar dan paling luas. Itulah dia HUBUNGAN manusia dengan organisasi dakwah berserta isinya. 

Benteng kedua pula adalah benteng terakhir, lebih kecil daripada benteng pertama. Itulah dia diri manusia itu sendiri bersama dengan KOMITMEN dakwah dan tarbiyyahnya.

Berbicara tentang benteng ini, sangat sangat penting untuk kita fahami bahawa kedua-dua benteng ini amat berkait rapat. Andai rosak dan cacat salah satu daripadanya akan memberi impak kepada yang satu lagi.

Benteng pertama, iaitu hubungan manusia dengan organisasi dakwahnya berserta isinya. Isinya di sini merujuk kepada muslimin dan muslimat yang bersama menjadi penggerak kepada organisasi dakwah tersebut.

Keselamatan pada benteng ini bergantung kepada sejauh mana komitmen seseorang kepada aktiviti dakwah dan tarbiyyahnya. Ini termasuklah usrah, liqa’, rehlah, tamrin, mabit, khatibah, qiyam, aktiviti umum, khusus dan sebagainya.

Peleraian daripada program-program tarbiyyah dan dakwah akan meletakkan seseorang dalam situasi merbahaya, kerana dia dengan mudahnya akan terdedah kepada hasutan syaitan dan jatuh ke dalam gaung dunia yang dalam. 

Hal-hal ini berlaku kerana kesibukan mengejar kelazatan dunia tanpa mengimani Pemiliknya dan memahami tuntutanNya, ataupun dia ditarik oleh hawa nafsu yang berkehendakkan bukan kepada ketundukan mutlak kepada Allah SWT.

Antara impak perkara ini, akan merengganglah hubungan ukhwah di antara individu. Alasan demi alasan dicipta untuk mengelak dirinya daripada terlibat secara langsung dalam mana-mana aktiviti tarbiyyah mahupun dakwah.

Pertemuan dalam liqa’ adalah antara medium yang membantu untuk meneguhkan semula kaki-kaki untuk terus berdiri tegap dan teguh di atas jalan risalah ini. Sekali-sekala tidak dapat hadir kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan mungkin biasa. Namun kekerapan ketidakhadiran kerana ketersengajaan adalah luar biasa.

Dengan begitu, akan memahitkan manisnya liqa’ pada hati seseorang, lalu dia tidak lagi mampu untuk komited menghadiri pertemuan rohaninya yang mana ukhwah juga terjalin dalamnya.

Andai benteng pertahanan terakhir ini seseorang tidak mampu untuk pertahankan, maka akan berlakulah kerosakan dan kelemahan pada benteng tersebut. Apabila hatinya bukan lagi untuk risalah dakwah ini, maka dia akan mencicirkan (futur) dirinya sendiri daripada terus bersama di atas gerabak risalah.

Sudah tentulah perjalanan gerabak risalah ini amat jauh dan tidak akan berhenti dalam masa yang terdekat. Kadang-kadang kerana tidak sabar untuk tunggu lama, kita memilih untuk turun daripada gerabak tersebut.

Impak lemah dan rosaknya benteng ini maka secara automatiknya akan memberi kesan besar kepada benteng luarnya tadi. Dia tidak lagi mahu bertemu dengan sahabat-sahabiah. Atau dia tidak mahu lagi pergi ke mana aktiviti-aktiviti dakwah dan tarbiyyahnya. 

Dengan kata mudah, dia tidak mahu lagi ada kaitan dengan organisasinya. Akan merugilah dirinya.

Semoga Allah kekalkan hamba-hambaNya sifat sabar dalam kesibukan mempertahankan keimanan diri dan umat islam yang lain. Demi islam diri harus kuat dan istiqamah dalam gerakan.

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” [Al-Kahfi, 18:28]

Dan yang terakhir , renungkanlah kata-kata ini :

"Setiap anggota mestilah menggabungkan diri dan berintima' dalam saf perjuangan. Dengan intima' ini kita menjadi orang orang yang berjihad dan bukannya mereka yang duduk tanpa berjuang bahkan menunggu sambil melihat sahaja perkembangan yang berlaku seperti firman Allah dalam surah As-Saff ayat ke-4.

Seluruh kekuatan intelek dan sumber harta benda bahkan masa dan kelapangannya diguna untuk meningkatkan kualiti dan daya juang sebagai seorang muslim yang melaksanakan tanggungjawab fardu 'ain dan fardu kifayah." - Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


Selamat Beramal ! ^^

Insan yang ku rindui...~

Bismillah.
Assalamualaikum dan alhamdulillah , syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepadaku untuk bernafas dan meningkatkan amal kebaikan sebagai bekalan di akhirat kelak. Dan firman allah yang bermaksud ,
  "..Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu , niscaya Dia akan memberikan yang lebih baik dari apa yang telah di ambil darimu dan Dia akan mengampuni kamu.."
[ Surah Al-Anfal ayat 70 ]

Alhamdulillah , pejam celik , pejam celik , hari ini genaplah hari terakhir untuk bulan 4 iaitu 30/4/2013..hanya berbaki 2 minggu lagi waktu cuti sebelum meneruskan perjuangan ilmu , tarbiyah diri dan juga ummah..mohon permudahkan urusanku ya Allah..amiin2..sungguh, terasa sekejap sangat masa berlalu..Tapi hati masih bermonolog sendiri , betapa sedikitnya amal kebaikan yang aku buat untuk mendapat tempat di dalam syurgaMu..Allahu~

Hurm..Walaupun pada zahirnya dikatakan 'musin cuti', tapi bagi aku ,istilah cuti hanya akan wujud bila mana ruh kita terpisah denga jasad iaitu istilah tepatnya adalah kematian. Sahabat , hidup kita di dunia bukanlah untuk bersenang-lenang..Sungguh, duduk kat rumah dengan duduk kat Nilampuri tu memang terase sangat perbezaannya..ku akui , lebih banyak masa terluang bila berada di rumah saat ini..Allahu..betapa susahnya untuk terus istiqamah dalam melakukan ibadah kepadaMu bila berseorangan seperti ini..Sungguh aku sangat perlukan seseorang untuk menaikkan semangat aku semula..Bila bercerita bab2 ini , aku pasti teringatkan Umi Intan..
Umi.., madihah rindu umi..:'( huhuhu... madihah xtau kenapa madihah x kuat macam umi..madihah nak jumpa umi untuk naikkan semangat madihah blek..Umi , madihah nak bagitau umi sesuatu yang memang dah lama madihah pendam..umi ingat x ada hari tu masa kat musolla sementara tunggu untuk solat isyak , kita ada borak-borak...then , madihah ada bagitau umi , ada seseorang yang merubah madihah hanya melalui qudwah hasanah dia tanpa ada kata-kata nasihat dan seumpamanya..tapi madihah x bagitau siapa masa tu kan..umi , orang itu adalah umi sendiri..huhu..Allahu..umi berjaya tunjukkan qudwah hasanah yang ada pada umi tanpa perlu berkata-kata..Allah gerakkan hati madihah untuk kenal cinta Dia melalui umi..pertama kali madihah menjejakkan kaki ke musolla tu, orang yang pertama sekali madihah nampak adalah umi..masa tu umi tengah solat sunat..xtau kenapa tapi terdetik dalam hati madihah pada masa tu, "ada 'sesuatu' yang ada pada akak tu yang aku perlu kaji.."

Dan start hari tulah madihah mula rapat dengan umi..hari demi hari baru madihah perasan yang kita memang punya persamaan..tapi madihah ingatkan madihah je yang perasan semua ni , tapi rupa2nya orang lain pun cakap macam tu jugak..orang first yang bagitau kita ada persamaan adalah kak wanie..tapi madihah xnak terlalu excited sangat so madihah buat macam biasa..ya umi , madihah bersyukur sebab dapat kenal umi..memang ada akak2 lain yang lebih baik dan alim , tapi madihah lebih respect umi..sebab walaupun dari luaran , umi nampak nakal2 dan mungkin orang nampak umi x berapa nak thiqoh , tapi hubungan umi dengan Allah tulah yang menyebabkan madihah rasa tersentuh..hanya orang yang selalu turun musolla je yang akan tahu umi macam mana..bagi madihah, biarlah orang nak judge kita macam mana pun daripada luaran, tapi dalaman kita biarlah Allah saje yang tahu..Sungguh , ibadah yang umi buatlah yang menggerakkan hati madihah untuk cari cinta Allah jugak..tapi bukanlah madihah bermaksud madihah buat semata-mata kerana umi..madihah akan sentiasa ingatkan diri untuk ikhlaskan niat kerana Allah..umi hanya wasilah..
dan kadang-kadang madihah menangis bila tengok umi dari jauh..sebab Allah wasilahkan umi sebagai sumber kekuatan madihah..sebab tu , madihah pernah terfikir, macam mana keadaan aku nanti bila umi dah xde di nilampuri ? Allahu..
Pernah sekali madihah rasa down sangat2 , semua malas nak buat, malas nak buat kerja, malas nak jumpa orang sampaikan malas nak turun musolla solat berjemaah..tapi tiba2 madihah teringatkan umi. terdetik dalam hati madihah masa tu,'aku kena turun ke musolla jugak, mungkin Allah akan beri aku kekuatan melalui umi..'
Dan alhamdulillah umi ada masa tu tengah solat sunat, entah xtau kenapa setiap kali madihah tengok umi solat , ia terus terkesan jauh dalam lubuk hati ini dan beri kekuatan kepada diri..mungkin keikhlasan umi yang menyebabkan ia terpancar melalui luaran..wallahualam, Dia lebih berhak menilai amalan hamba2Nya..

hurm, dan bila madihah jumpa umi untuk kali terakhir kat bilik umi hari tu, Sungguh masa tu madihah terase sebak sangat..sebab madihah tahu madihah akan rindu umi..huhu..tapi madihah xnak tunjuk dan madihah buat biasa seperti xde apa2..lepas cakap2 dengan umi , then keluar je dari bilik umi, masa tu madihah dah xdapat tahan air mata ni..teresak-esak madihah nangis tapi xde sape pun yang tahu masa tu..nasib baik orang x nampak..kalau x malu ! huhu..

Dan sekarang , madihah cuba untuk kumpulkan kekuatan supaya bila naik cuti nanti, madihah dah biasa walaupun umi dah xde kat np nanti..madihah akan cuba untuk terus istiqomah untuk semua tu..memang kena mujahadah lebih sket but i will try my best..

And last sekali, untuk Umi Intan Nadzirah Amran, terus istiqamah dalam menjaga hubungan dengan Allah..dan semoga terus kuat dalam menghadapi mehnah yang lebih besar bila berada di umKL nanti..i will miss u so much..:'(

Luv U ! doakan madihah kuat kat sini..Fi hifzillah, InsyaAllah..:)

From your sweetheart,
Madihah Izyana Mahadi.




Monday, 29 April 2013

The first entry for the new blog..

Bismillah.
Alhamdulillah , alhamdulillah walhamdulillah.. perancangan nak buat blog yang ke-2 akhirnya berjaya jugak di buat hasil bantuan sahabat tercinta , Cik Farah Aida. thanks yunk ! :D



Hurm.., tengah fikir ni sebab x tau nak tulis apa..hehe..ok , erm saya nak mintak maaf  sebenarnya terutama follower2 saya untuk blog yang lama , sebab saya terpaksa buat blog yang baru..blog yang lama ada sedikit masalah so saya dah x guna blog tu ye..:) xpelah , kita bukak buku baru , blog baru ertinya kehidupan saya yang baru ! :P

Sebenarnya saya ada satu lagi blog yang baru jugak dibuat oleh seorang lagi sahabat tercinta , Cik Alia Ali Ahmad. thanks jugak yunk ! :D
tapi blog tu saya hanya khususkan untuk kenalan rapat saya je..dan biarlah rahsia ~ +.+
yang ni lebih kepada umum.


Allahu..aku hanya hamba yang hina, siapalah aku tanpa pertolongan dariMu..InsyaAllah, untuk blog ni, penulisan saya lebih kepada pandangan saya sendiri, apa yang saya rasai dan alami berdasarkan pengalaman yang saya peroleh. Mungkin jugak saya akan kongsikan  penulisan daripada blog2 lain yang terpilih untuk kita renungkan bersama..Selain tu, saya akan cuba untuk selitkan entri ilmu yang saya kira bermanfaat untuk kita semua..:)

Moga2 penulisan dalam blog ini memberi saham akhirat buat saya , juga untuk semua yang membaca dan tidaklah ia menjadi  sia-sia.
InsyaAllah , Ameen2.:)



*pstt ...Selingan..+.+
  ---> Di Agro Resort, Setiu Terengganu